Ikuti Kami:

Meski ‘All Of Us Are Dead’ Popular, Im Jaehyuk Kongsi Sebab Masih Buat Pelbagai Kerja Part-Time

Meski ‘All Of Us Are Dead’ Popular, Im Jaehyuk Kongsi Sebab Masih Buat Pelbagai Kerja Part-Time

Semuanya pasti tahu mengenai kejayaan siri “All Of Us Are Dead” baru-baru ini kan?

Disebabkan ia berjaya meraih perhatian ramai dan menduduki tempat pertama di ranking global Netflix selama beberapa minggu, hampir setiap daripada pelakon utamanya menjadi popular dalam sekelip mata.

Terbaru, Yoon Chan-young, Park Ji-hoo, Ha Seung-ri, Lee Eun-saem, Im Jae-hyuk dan Yoo In-soo telah muncul sebagai tetamu di rancangan “Knowing Brother”.

Antara isu yang menjadi perbualan penonton ialah apabila Im Jae-hyuk yang membawa watak Yang Dae-soo memperkenalkan dirinya sebagai,

Saya seorang pelakon yang bekerja untuk menampung kehidupan.

im jaehyuk all of us are dead

Jelasnya, dia bekerja separuh masa hingga baru-baru ini,

Saya bekerja sebagai pemandu dan saya turut membantu orang mengalihkan perabot dua kali seminggu.

Im Jae-hyuk turut berkongsi sebab dia terus bekerja sana dan sini meskipun “All Of Us Are Dead” mengecapi populariti hebat,

Saya terus bekerja separuh masa dan bukannya kerja biasa kerana saya mahu menjadi pelakon untuk jangka masa yang lama.

im jaehyuk all of us are dead

Untuk pengetahuan, Im Jae-hyuk menyertai Universiti Kebangsaan Sastera Korea sebagai pelajar top pada 2016 dan mula mengembangkan bakat lakonan dalam beberapa drama seperti “Cat’s Bar” dan “Alice”.

Gigih kan Im Jae-hyuk?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...