Ikuti Kami:

“Ibu Cuba Kenalkan Saya Pada Orang” – Umur 40 Tahun, Song Jihyo Jawab Jika Pernah Dipaksa Kahwin

“Ibu Cuba Kenalkan Saya Pada Orang” – Umur 40 Tahun, Song Jihyo Jawab Jika Pernah Dipaksa Kahwin

Pada siaran 20 April program “Problem Child In House”, Song Ji-hyo telah muncul sebagai tetamu, bagi menyokong Kim Jong-kook yang merupakan ahli tetap baharu rancangan itu.

Sudah memasuki umur 40-an kini, pasti ramai yang akan bertanya soal perkahwinan kepada selebriti tersebut. Dalam episod ini, ahli program Song Eun-yi bertanya kepada Ji-hyo,

Adakah sesiapa di sekeliling mendesak anda untuk berkahwin?

Song Ji-hyo menjawab,

Selepas saya berumur 40 tahun, tiada siapa yang bercakap tentang itu lagi.

Apabila ditanya,

Tetapi adakah anda tidak kecewa kerana tiada siapa yang menyebutnya?

song jihyo problem child in house

Jawab pelakon tersebut,

Semasa saya berumur 30-an, ibu saya cuba memperkenalkan saya kepada beberapa orang. Saya sangat membencinya sehingga saya meninggalkan rumah setiap kali dia berbuat demikian. Masa berlalu dan saya kini berusia lebih 40 tahun, saya berasa sangat selesa kerana semua orang tidak memberitahu saya untuk berkahwin lagi.

Kemudian, Kim Sook bertanya lagi,

Apabila anda bertemu lelaki, adakah terdapat apa-apa yang anda tidak suka mereka lakukan atau apa-apa yang anda akan beri perhatian?

song jihyo problem child in house

Song Ji-hyo berkata,

Saya akan memerhati untuk melihat sama ada dia mencuci tangannya dengan bersih atau tidak? Saya benci apabila seseorang tidak mencuci tangan selepas pergi ke bilik air. Saya sangat tidak suka jika orang dewasa tidak boleh berbuat demikian.

Di samping itu, apabila ditanya sama ada terdapat sesuatu daripada seorang lelaki yang akan membuatkan dia berasa ‘berdebar-debar’, Song Ji-hyo memberi respon,

Saya tidak mengalami banyak perkara itu. Saya rasa sudah lama sejak kali terakhir saya mempunyai perasaan itu.

problem child in house

Sementara itu, “Problem Child in House” ialah program kuiz yang dihoskan oleh Song Eun-yi, Kim Sook, Jung Hyung-don, Min Kyung-hoon, dan kini bersama Kim Jong-kook. Program ini disiarkan setiap hari Rabu di KBS2.

Takpe Song Ji-hyo, yang penting bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...