Kim Hye-yoon akan membuat penampilan istimewa dalam drama “Cleaning Up”, bagi menyokong pelakon bersamanya dalam “Sky Castle”, Yeom Jung-ah!
Bagi yang belum tahu, Kim Hye-yoon pernah bergandingan bersama Yeom Jung-ah sebelum ini dalam “Sky Castle” sebagai ibu dan anak. Menambah keterujaan apabila gambar ‘teaser’ bagi drama “Cleaning Up” telah dikeluarkan, menampilkan kedua mereka kembali bersatu dalam siri itu.
Dalam gambar yang dimuat naik, kedua-dua wanita itu dilihat berada di kedai serbaneka apabila Joo-hyun (Kim Hye-yoon) singgah pada waktu malam selepas tidak berjaya memburu pekerjaan. Menyedari kekecewaan Joo Hyun, Eo Yong-mi (Yeom Jung-ah) memberi nasihat kepadanya sebagai seseorang yang mempunyai lebih banyak pengalaman hidup.
Kemudian, penerbit drama turut menyatakan rasa terima kasih mereka kepada Kim Hye-yoon kerana sudi untuk menjadi kameo dalam drama ini, dengan berkata,
Kim Hye-yoon menunjukkan sokongan yang boleh dipercayai melalui penampilan istimewanya dalam ‘Cleaning Up’. Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada pelakon Kim Hye-yoon kerana bersedia untuk muncul dalam drama ini.
Untuk pengetahuan, “Cleaning Up” membawa kisah cabaran tiada batas yang tidak dijangka oleh tiga wanita pencuci yang melompat ke dalam peperangan saham selepas terdengar maklumat dalaman pada suatu hari. Di antara kehidupan dan kelangsungan hidup, ia menceritakan kisah tiga pekerja pembersihan yang memegang lembing ‘melonjak ke depan’ di sebelah tangan dan ‘terdesak’ di tangan yang sebelah lagi.
Tonton “Cleaning Up” pada 4 Jun ini di JTBC!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.