Ikuti Kami:

3 Wanita Main Saham, Yeom Jungah, Jun Somin & Kim Jaehwa Sah Terajui ‘Cleaning Up’

3 Wanita Main Saham, Yeom Jungah, Jun Somin & Kim Jaehwa Sah Terajui ‘Cleaning Up’

Jun So-min dah bersedia nak jumpa anda menerusi sebuah drama JTBC tak lama nanti!

Ahli “Running Man” itu serta Yeom Jung-ah dan Kim Jae-hwa disahkan bakal menerajui drama tersebut.

Ianya membawa kisah cabaran tiada batas yang tidak dijangka oleh tiga wanita pencuci yang melompat ke dalam peperangan saham selepas terdengar maklumat dalaman pada suatu hari. Di antara kehidupan dan kelangsungan hidup, ia menceritakan kisah tiga pekerja pembersihan yang memegang lembing ‘melonjak ke depan’ di sebelah tangan dan ‘terdesak’ di tangan yang sebelah lagi.

Yeom Jung-ah akan membawa watak Eom Yong-mi, seorang pencucui untuk Syarikat Best Investment. Wanita itu bekerja sebagai pencuci pada hari biasa dan pengemas rumah pada hujung minggu lantas bekerja 25 jam sehari. Disebabkan dia merupakan seorang ibu yang kuat dan ketua keluarga kepada dua orang anak perempuan, dia akan memastikan mereka terjaga selagi dia berada bersama. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk bertukar karier selepas mendapat informasi saham itu dan menganggap ia sebagai peluang untuk mengubah hidupnya.

jtbc cleaning up

Jun So-min akan melakonkan watak Ahn In-kyung iaitu rakan sekerja Eo Yong-mi. Wanita itu bekerja keras bagi membersihkan trak makanan kecil miliknya dan berimpian ingin mempunyai kafe bergerak sendiri pada suatu hari nanti. Dia kemudiannya terikut sekali dengan rancangan rakannya itu, namun dek personalitinya yang penakut, dia bertindak sebagai ‘brek’ ketika kenaikan peperangan saham itu.

Kim Jae-hwa pula bertanggungjawab menghidupkan watak Maeng Soo-ja, pelengkap kepada trio itu. Merupakan seorang yang baik dan peramah, dia mampu membuatkan orang yang baru dikenali 5 minit membuka seluarnya sekiranya dia mahu.

“Cleaning Up” akan menemui penonton selepas “My Liberation Day” menamatkan tayangan.

Plot macam best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...