Ikuti Kami:

“Ianya Sangat Sukar..” – Disebabkan Perbezaan Budaya, Han Yeseul Dedah Pernah Dibuli Di Awal Kerjaya

“Ianya Sangat Sukar..” – Disebabkan Perbezaan Budaya, Han Yeseul Dedah Pernah Dibuli Di Awal Kerjaya

Pelakon terkenal Korea, Han Ye-seul telah dikenali ramai dengan lakonannya. Namun, disebalik kejayaannya, timbul beberapa halangan.

Baru-baru ini, Han Ye-seul telah menjadi tetamu di rancangan “The PSICK SHOW” di mana dia telah mendedahkan bahawa dirinya pernah dibuli di awal kerjayanya.

Sebagai orang Amerika yang datang ke Korea, pelakon itu tidak disukai ramai kerana dikatakan tidak sesuai dengan budaya Korea yang ‘konservatif’.

Katanya,

Masa saya mula-mula sampai di Korea, tiada seorang pun yang suka saya dan disebabkan perbezaan budaya, saya juga tidak disukai oleh perempuan-perempuan lain jadi ianya sangat sukar untuk saya.

psick show han yeseul

Malah, pelakon itu turut menyatakan bahawa dirinya sering dibuli oleh rakan sekerja yang cemburu akan dirinya.

Namun meskipun sering dibuli, pelakon wanita itu tetap meneruskan kerjayanya sebagai model sehingga dia berjaya membuat penampilan sebagai pelakon dan menjalani kehidupan bahagia sehingga kini.

Kesian Han Ye-seul kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...