Ikuti Kami:

“Ianya Membebankan Saya..” – Hyolyn SISTAR Luah Kesukaran Buka Agensi Sendiri

“Ianya Membebankan Saya..” – Hyolyn SISTAR Luah Kesukaran Buka Agensi Sendiri

Hyolyn SISTAR telah menceritakan situasi yang sedang dihadapinya.

Pada 28 Disember, Bo-ra dan Hyolyn SISTAR telah membuat penampilan sebagai tetamu di dalam rancangan “No Back Tak Jae Hoon”.

Di mana, di dalam rancangan ini Hyolyn telah mendedahkan kesukaran yang dihadapinya selepas menubuhkan agensi sendiri.

Katanya,

Saya dah bina agensi ‘Bridge’ sejak 6 tahun lalu. Walaupun hanya saya seorang sahaja artis yang berada di dalam agensi tersebut, sejujurnya situasi kami tidak begitu baik.

hyolyn sistar19

Tambah penyanyi yang terkenal dengan lagu “Dally” itu,

Ramai yang tanya mengapa saya tak ambil selebriti lain. Jawapannya sebab ianya membebankan saya.

Adunya lagi,

Malah, kos yang diambil untuk beroperasi juga sangat banyak sehinggakan saya dah guna segala pendapatan yang saya jana dan simpan sebelum ini.

Betul la orang kata bukan mudah untuk bertahan di dalam industri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...