Ikuti Kami:

“Ianya Memalukan..” – Loghat Dikritik Penonton, Lee Gikwang Akui Gementar Berlakon Dalam ‘Marry My Husband’

“Ianya Memalukan..” – Loghat Dikritik Penonton, Lee Gikwang Akui Gementar Berlakon Dalam ‘Marry My Husband’

Lee Gi-kwang telah menjelaskan isu mengenai lakonannya dalam “Marry My Husband”.

Pada 27 Februari, Lee Gi-kwang telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam rancangan “Strong Heart VS” di mana dia telah menceritakan pengalamannya berlakon di dalam drama “Marry My Husband”.

Katanya,

Sejujurnya, saya sangat gementar. Terutamanya kerana watak yang saya bawakan itu banyak menggunakan loghat dan ada satu babak ni saya kena luahkan perasaan saya kepada Park Min-young.

Tambahnya,

Penggambaran masa tu diadakan di tempat awam dan terdapat ramai orang yang berada di situ, saya juga perlu bercakap dengan kuat jadi ianya sangat memalukan serta membebankan sehingga buat saya berpeluh-peluh.

marry-my-husband (1)

Sambungnya lagi,

Tambahan pula saya berasal dari Jeolla-do tapi saya kena guna loghat Busan. Ianya sangat sukar dan tidak mudah. Saya banyak berlatih tetapi intonasi itu jadi berbeza sehingga menyebabkan saya bercakap dengan loghat yang agak pelik.

Apa pula pendapat korang tentang lakonan Lee Gi-kwang dalam “Marry My Husband”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...