Ikuti Kami:

“Ianya Lebih Hebat” – Penerbit Sahkan ‘Devil’s Plan’ Bakal Kembali Dengan Musim Ke-2

“Ianya Lebih Hebat” – Penerbit Sahkan ‘Devil’s Plan’ Bakal Kembali Dengan Musim Ke-2

Akhirnya “Devil’s Plan” bakal kembali!

Pada 7 November, Netflix telah mengesahkan bahawa rancangan “Devil’s Plan” akan kembali dengan musim ke-2.

“Devil’s Plan” merupakan rancangan permainan mencabar minda di mana 12 peserta dari pelbagai bidang tinggal bersama selama 7 hari dan bertanding untuk menentukan siapa yang paling bijak diantara mereka.

Sejak ditayangkan, rancangan ini telah berjaya mendapat perhatian ramai penonton di mana ianya berjaya menduduki tempat pertama dalam carta 10 tertinggi Netflix di 23 buah negara.

Rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk menantikan siapa peserta-peserta yang bakal bertanding bagi musim ke-2 ini. Malah, mereka juga teruja untuk menyaksikan permainan minda yang bakal dihadapi oleh peserta-peserta baru.

Penerbit rancangan itu, iaitu Jeong Jong-yeon telah meluahkan kegembiraannya atas sokongan ramai terhadap rancangan tersebut dan dia juga telah memberi pengesahan bagi musim ke-2.

_devils plan

Dia berkata,

Ianya lebih hebat. Kami akan menunjukkan wajah serta sisi baru rancangan ini dan kami juga akan pastikan bahawa ianya melebihi jangkaan penonton.

Wah! Tak sabarnya nak tunggu rancangan ni keluar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...