Ikuti Kami:

“Ianya Bermakna Tapi Sedih..” – Staf Produksi Beri Klu Ending ‘Twenty Five, Twenty One’?

“Ianya Bermakna Tapi Sedih..” – Staf Produksi Beri Klu Ending ‘Twenty Five, Twenty One’?

Hanya tinggal dua episod sahaja, rasanya ramai yang tak sabar menanti kesudahan “Twenty Five, Twenty One”.

Baru-baru ini, tular sebuah entri di laman komuniti yang dikatakan ditulis oleh salah seorang staf drama berkenaan. Tajuk entrinya itu ialah,

Saya menulis dengan berhati-hati apa yang mahu dikatakan.

ending twenty five twenty one

Luahnya,

Saya menulis ini dengan sangat berhati-hati dengan harapan dapat menenangkan penonton sedikit.

Individu itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terus mengenai kesudahan drama itu,

Saya jarang memuat naik perkara seperti ini di laman komuniti memandangkan saya merupakan salah seorang anggota pasukan drama. Tapi pertamannya, pada pendapat saya, skrip untuk bahagian akhir drama ini sangat sedih. Dan saya merasakan penonton akan mempunyai pendapat yang berbeza. Pendapat saya, episod 15 dan 16 adalah sangat bermakna dan meyakinkan.

ending twenty five twenty one

Tambahnya lagi,

Sudah pasti, semua orang mempunyai pandangan sendiri semasa menontonnya tapi selepas bertahun menghasilkan drama, saya merasakan bahawa ini merupakan antara naskhah terbaik.

Untuk pengetahuan, episod ke-14 baru-baru ini memberikan gambaran sepertinya Na Hee-do (Kim Tae-ri) dan Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) sudah pun berpisah apabila mereka melakukan temuramah pada tahun 2009 di mana lelaki itu turut memberikan ucapan tahniah kepada wanita tersebut atas perkahwinannya.

plot twist twenty five twenty one

Apakah pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...