Ikuti Kami:

“Ia Tanggungjawab..” – Lakonan Sering Dipuji, Park Seojoon Dedah Usaha Untuk Hidupkan Watak

“Ia Tanggungjawab..” – Lakonan Sering Dipuji, Park Seojoon Dedah Usaha Untuk Hidupkan Watak

Kalau cakap tentang pelakon lelaki Korea berbakat, nama Park Seo-joon pastinya tidak akan terkecuali.

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah ‘terbang’ ke Filipina, bagi menghadiri acara pertemuan peminat sebagai duta untuk jenama ‘IAM Worldwide’.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu ada ditanya tentang apakah genre lakonan yang dia ingin cuba di masa hadapan. Respon Park Seo-joon,

Memandangkan banyak genre berbeza yang wujud, saya tidak boleh mengatakan secara spesifik bahawa saya mahu cuba genre tertentu. Bagi saya, apa yang saya suka adalah berlakon jadi buat masa ini, saya belum berfikir lagi untuk itu.

Kemudian mengenai usaha yang dia akan lakukan untuk menghidupkan sesuatu watak, Park Seo-joon mendedahkan,

Kalau bercakap tentang perkara ini, saya rasa kita perlukan banyak masa. Contohnya, sekiranya saya terima tawaran watak seorang doktor berusia 35 tahun. Dalam senario itu sendiri, saya hanya dapat tahu dia sudah menjadi doktor tetapi sebagai pelakon, adalah tanggungjawab saya untuk cuba memikirkan apa yang menyebabkan ini atau bagaimana dia menjadi doktor dan apa yang dia lalui.

park seojoon

Kredit foto: allkpop

Jelasnya lagi,

Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengambil semua maklumat yang saya dapat daripada itu. Namun, bila saya lihat sesuatu yang ‘kosong’, sebagai pelakon, ianya adalah tanggungjawab untuk saya mengisi kekurangan itu.

Cayalah Park Seo-joon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...