Ikuti Kami:

“Ia Tak Mudah Sebab Kami Di Agensi Berbeza Tapi..” – Hyoyeon Ulas Soal Comeback SNSD Akan Datang

“Ia Tak Mudah Sebab Kami Di Agensi Berbeza Tapi..” – Hyoyeon Ulas Soal Comeback SNSD Akan Datang

Pada 23 Mei, Hyo-yeon telah hadir dalam rancangan radio MBC “Two O’Clock Date” sebagai tetamu.

Semasa sedang berborak bersama DJ, Hyo-yeon bercakap tentang kepulangan SNSD yang akan datang dengan barisan penuh 8 ahli.

Untuk pengetahuan, ini akan menjadi kali pertama dalam 5 tahun kumpulan gadis lagenda itu kembali dengan ahli penuh selepas album ke-6 mereka “Holiday Night” yang dikeluarkan pada Ogos 2017.

Berkaitan hal ini, Hyo-yeon menjelaskan,

Bukan mudah untuk ahli kembali secara keseluruhan kerana kita semua berbeza agensi, tetapi kerana semua orang mempunyai keinginan untuk melakukannya, ia boleh berlaku. Kami semua sangat bersemangat.

girls' generation

Dia juga menambah,

Saya sangat terkejut dengan Yoon-A dan Sunny semasa membuat persiapan untuk album ini. Sebenarnya sebelum ini, mereka berdua tidak pernah menyuarakan pendapat sebegitu. Saya sendiri juga cenderung mengikut majoriti. Saya merinding dan sangat terharu dengan kehendak rakan-rakan ini.

Hyo-yeon juga meningkatkan jangkaan peminat ke tahap maksimum, sambil menyatakan,

Tidakkah peminat kami mahu melihat banyak aktiviti kami bersama-sama? Kami cuba mencipta banyak peluang seperti itu.

Teruja sangat untuk kemunculan semula GIRLS’ GENERATION.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...