Ikuti Kami:

“Ia Pengakhiran Yang Betul..” – Jo Hanchul Ulas Ending ‘Reborn Rich’

“Ia Pengakhiran Yang Betul..” – Jo Hanchul Ulas Ending ‘Reborn Rich’

Selepas 16 episod, drama “Reborn Rich” telah pun melabuhkan tirainya pada minggu lepas.

Baru-baru ini, salah seorang pelakon “Reborn Rich” iaitu Jo Han-chul, telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama berkenaan.

Untuk pengetahuan, Jo Han-chul memainkan watak sebagai anak kedua keluarga Sun Yang, Jin Dong-ki, yang bercita-cita tinggi, menggambarkan kejatuhan dramatik watak dengan kebolehan yang tiada tandingan.

Ketika sesi temu bual, Jo Han-chul berkongsi pendapatnya mengenai pengakhiran drama tersebut dengan berkata,

Kebanyakan pengakhiran sering berkembang ke arah yang salah. Saya rasa bertuah kerana kami dapat mengekalkan pengakhirannya tanpa tersasar daripada pemikiran asal dan niat asal penulis terhadap plot drama itu.

jo hanchul reborn rich

Mengenai pendapat bahawa semakin popular sesebuah drama, semakin kontroversi pengakhirannya, Jo Han-chul menjawab,

Oleh kerana drama itu sangat digembar-gemburkan, ramai orang akan bercakap tentang pengakhiran yang mereka inginkan berdasarkan pemerhatian dan fakta watak mereka sendiri. Tetapi jika anda melihat drama secara keseluruhan dan melihat kesudahannya kemudian, saya fikir anda akan menyedari ia adalah pengakhiran yang betul.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...