Baru-baru ini, pelakon So Ji-sub telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Singles.

Ketika sesi temu bual, So Ji-sub berkongsi mengenai filemnya akan datang berjudul “Confession”, yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang dituduh sebagai penyebab bagi satu pembunuhan di sebuah bilik berkunci, dan peguamnya yang bakal merungkai segala kebenaran.
Pelakon itu mendedahkan mengenai wataknya iaitu sebagai Yoo Min-ho, seorang wakil dari syarikat IT dengan berkata,
Saya terpaksa menunjukkan pelbagai emosi seorang lelaki, seperti terdesak dan sensitif, dalam masa yang singkat. Ia adalah watak yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.
Kemudian, So Ji-sub turut berkongsi bahawa dia akan cuba untuk memainkan watak yang mencabar dalam setiap naskhah. Jelasnya,
Apabila memilih karya seterusnya selepas menamatkan filem atau drama, saya bekerja keras untuk mengelakkan peranan yang sama dengan karya sebelumnya. Sudah tentu, terdapat proses kegagalan, tetapi itu juga membantu saya. Saya sentiasa tertarik dengan perkara baharu dan perkara yang mencabar.
So Ji-sub bawa watak apa pun semua mantap!