Baru 2 episod ditayangkan, namun, keserasian antara Nam Ji-hyun dan Kang Hoon dalam “Little Women” sudah menjadi buah mulut penonton.
Bagi yang belum tahu, “Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea. Nam Ji-hyun memainkan watak kakak kedua Oh In-kyung manakala Kang Hoon berperan sebagai Ha Jong-ho, iaitu kawan baik zaman kanak-kanak kepada Oh In-kyung.
Terbaru, Nam Ji-hyun dan Kang Hoon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Allure Korea. Ketika temu bual, Nam Ji-hyun mengulas hubungan antara wataknya Oh In-kyung bersama watak Kang Hoon iaitu Ha Jong-ho dalam drama tersebut. Jelasnya,
Saya rasa ia lebih rumit sedikit daripada hanya kawan. Setiap watak mempunyai sejarah mereka sendiri, dan itu akan diperkenalkan kira-kira separuh daripada siri ini. Ha Jong-ho daripada keluarga kaya, manakala Oh In-kyung daripada keluarga miskin. Disebabkan oleh kerumitan dan aspek lain yang datang dari latar belakang mereka yang berbeza, mereka bukan sekadar kawan zaman kanak-kanak yang boleh bergaul tanpa terikat.
Selain itu, kepada siapa yang menonton “The Red Sleeve”, pastinya perasan dengan watak Kang Hoon sebagai Hong Deok-ro dalam drama itu. Ketika ditanya bagaimana dia dapat memegang watak itu, pelakon itu berkongsi,
Pengarah berkata bahawa dia berasa sejuk daripada senyuman saya. Berkat itu, saya rasa seperti saya menemui sisi baru diri yang saya tidak tahu. Hong Deok-ro ialah watak yang sangat saya suka, dan saya menganggapnya sebagai peluang terakhir saya semasa berlakon, tetapi saya sangat bertuah.
Dalam pada itu, “Little Women” disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix!
Ngam kan ‘chemistry’ Nam Ji-hyun dan Kang Hoon?