Ikuti Kami:

“Ia Hidup Yang Sukar..” – Peminat Tegar Meninggal Dunia, Ramai Sebak Baca Ucapan Kim Woobin

“Ia Hidup Yang Sukar..” – Peminat Tegar Meninggal Dunia, Ramai Sebak Baca Ucapan Kim Woobin

Berita tentang kematian pastinya akan menjadi sesuatu yang sedih buat semua orang..

Begitu juga dengan Kim Woo-bin yang baru-baru ini mendapat berita bahawa salah seorang peminat tegarnya telah meninggal dunia.

Memberi penghargaan terakhir kepada peminatnya itu, Kim Woo-bin telah menulis ucapan di Instagram,

Ji-won, yang sentiasa ceria dan gembira. Ketika saya datang untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir saya kepada jalan yang selalu awak lalui, saya sedar bahawa ia benar-benar perjalanan yang panjang dan sukar. Saya tidak menganggap ini sebagai perpisahan. Di sana, mari kita menjalani hari-hari yang dipenuhi ketawa, kesihatan yang baik dan kebahagiaan di hari yang akan kita akan bertemu lagi. Mari kita mengambil banyak gambar bersama dan berkongsi semua cerita.

Sambungnya lagi,

Saya akan bekerja lebih keras pada projek baru yang awak nantikan. Saya akan memikirkan awak Ji-won, dan melakukan yang terbaik. Saya benar-benar berterima kasih, terima kasih kerana menjadi peminat saya. Mari kita bertemu lagi.

Sementara itu, menurut adik kepada peminat tersebut, Kim Woo-bon bukan sahaja menghantar kalungan bunga ke rumah pengebumian tetapi turut secara peribadi hadir memberi penghormatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...