Ikuti Kami:

Hadiri Majlis Perkahwinan Bersama, Netizen Perasan Kim Woobin Asyik Pandang Shin Minah

Hadiri Majlis Perkahwinan Bersama, Netizen Perasan Kim Woobin Asyik Pandang Shin Minah

Agak-agaknya bilakah pasangan Kim Woo-bin dan Shin Min-ah akan menamatkan zaman bujang mereka?

Terbaru pada 20 Ogos, Shin Min-ah dilihat telah menghadiri majlis perkahwinan pengurus lamanya. Merupakan artis di bawah agensi yang sama dengan teman wanitanya itu, Kim Woo-bin juga turut hadir di acara perkahwinan tersebut.

Selain itu, pengantin perempuan juga merupakan penolong pengarah drama “Hometown Cha Cha Cha” yang dibintangi Shin Min-ah sendiri, Kim Seon-ho dan ramai lagi pelakon yang turut menghadiri acara berkenaan.

Khususnya menerusi sosial media, netizen teruja melihat Kim Woo-bin dan Shin Min-ah berdiri berdekatan antara satu sama lain di kalangan tetamu untuk mengambil gambar.

Meskipun tiada interaksi antara mereka dalam klip yang dikongsi namun, ada yang perasan lelaki itu tidak dapat melepaskan pandangannya pada Shin Min-ah.

Lepas ni mana tau giliran Kim Woo-bin dan Shin Min-ah pula kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...