Ikuti Kami:

“Dia Sokong Saya” – Kim Woobin Kongsi Reaksi Teman Wanita Shin Minah Tonton ‘Black Knight’

“Dia Sokong Saya” – Kim Woobin Kongsi Reaksi Teman Wanita Shin Minah Tonton ‘Black Knight’

Umum pasti mengetahui bahawa Kim Woo-bin dan Shin Min-ah sudah lama menjalinkan hubungan bersama.

Terbaru pada 17 Mei, Kim Woo-bin telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berkongsi sedikit sebanyak mengenai dramanya “Black Knight”.

Pada awalnya, pelakon lelaki itu menyatakan kegembiraannya atas kejayaan siri Netflix tersebut dengan berkata,

Jika awak terlalu berharap, awak akan kecewa. Saya terkejut bahawa begitu ramai orang menontonnya. Ia seolah-olah satu pembohongan. Saya bersyukur dan gembira menerima banyak ucapan tahniah.

Kemudian, Kim Woo-bin yang telah menjalinkan hubungan bersama Shin Min-ah sejak Julai 2015, turut berkongsi reaksi teman wanitanya itu menonton “Black Knight”. Jelasnya,

Dia sangat menikmatinya. Dia sentiasa menyokong saya. Oleh kerana kami berdua adalah pelakon, kami bercakap tentang lakonan. Saya menerima bantuan dan saya dipengaruhi olehnya.

kim woobin black knight

Tambahnya lagi,

Rakan pelakon saya juga menyukai siri ini.

Sementara itu, “Black Knight” yang diterajui Kim Woo-bin, mengisahkan tentang dunia distopia di mana manusia tidak mampu hidup tanpa alat bantuan oksigen.

Alala so sweet la!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...