Ikuti Kami:

“Boleh Ke Saya Kembali Berlakon..” – Kim Woobin Kongsi Perasaan Takut Menghidap Kanser Pada 2017

“Boleh Ke Saya Kembali Berlakon..” – Kim Woobin Kongsi Perasaan Takut Menghidap Kanser Pada 2017

Baru-baru ini, Kim Woo-bin telah tampil dalam program “You Quiz on the Block” sebagai tetamu, di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai perjuangannya melawan kanser nasofarinks pada 2017 yang lalu.

Dalam siaran itu, Kim Woo-bin berkongsi perasaan takutnya ketika menghidap kanser nasofarinks dengan menyatakan,

Ia menakutkan. Memandangkan ia berkaitan dengan kehidupan, ia adalah menakutkan. Selepas pulih, saya bimbang sama ada saya boleh kembali ke pekerjaan saya dan bekerja semula. Terima kasih kepada sokongan orang ramai, saya kembali sihat dan saya amat bersyukur.

Sambung pelakon “The Heirs” itu lagi dengan memberitahu bahawa dia seorang yang berfikiran positif,

Saya pada asalnya agak positif jadi saya fikir ada kelebihan dan kekurangan dalam segala-galanya. Saya fikir itu mungkin adalah percutian yang diberikan oleh syurga untuk saya memikirkan kesihatan saya, kerana saya tak dapat rehat dan sibuk sepanjang masa.

kim woobin

Kemudian, Kim Woo-bin juga turut menyatakan bahawa pada masa kini, dia akan cuba untuk menikmati setiap saat dalam kehidupan dengan sebaik mungkin,

Kini, saya lebih melihat ke dalam mata orang ketika saya bercakap dengan seseorang atau memerhatikan apa yang mereka pakai. Mengalami detik-detik ini membuatkan saya tidak menyesal. Rasanya saya mempunyai hari yang baik. Saya bekerja keras untuk itu.

Semoga sentiasa sihat dan bahagia Kim Woo-bin!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...