Ikuti Kami:

“Ia Diperlukan” – Im Jiyeon Ulas Babak Ranjang Bersama Park Sunghoon Dalam ‘The Glory’

“Ia Diperlukan” – Im Jiyeon Ulas Babak Ranjang Bersama Park Sunghoon Dalam ‘The Glory’

Sepertinya “The Glory” membuka jalan yang lebih luas untuk semua pelakon dalam bidang lakonan dek kejayaan siri itu di peringkat global.

Antara dari mereka yang menerima tepukan guruh dari penonton ialah Im Ji-yeon. Membawa watak antagonis Park Yeon-jin, wanita itu merupakan seorang pembaca cuaca yang langsung tidak menyesalinya tindakan agresifnya sebagai pembuli ketika di sekolah.

im jiyeon

Jelasnya dalam sebuah temubual rasmi baru-baru ini, dia sudah lama menunggu peluang untuk membawa watak antagonis sepanjang kariernya,

Bila difikirkan, saya sendiri bencikan Yeon-jin. Saya ada memberitahu penulis yang saya mahu satu dunia membenci saya, kerana ia membawa maksud saya berjaya membawa watak itu.

Antara momen menjadi perhatian ramai ialah babak ranjang di antaranya dan Park Sung-hoon yang melakonkan watak Jeon Jae-jun, ulasnya,

Saya tak teragak-agak. Saya tak kisah langsung. Babak ranjang bersama Jae-jun adalah sesuatu yang diperlukan untuk watak Yeon-jin.

im jiyeon park sunghoon

Dalam pada itu, Im Ji-yeon juga mengatakan bahawa dia tidak kisah membawa watak ibu di dalam siri ini memandangkan dia juga sudah berusia 34 tahun kini.

Im Ji-yeon berlakon antagonis memang menjadi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...