Penyanyi solo dan ketua kumpulan GOT7 Jay B telah berkongsi pendapatnya tentang isu kesihatan mental dalam industri K-Pop.
Dalam temu bual dengan Teen Vogue baru-baru ini, idola K-pop berusia 28 tahun itu telah berkongsi persepsinya sendiri tentang masalah kesihatan mental. Jay B sebagai salah seorang yang turut berat hati untuk menyentuh tentang isu ini berkata,
Saya fikir bertahun-tahun yang lalu, terdapat ramai orang yang tidak mahu bercakap banyak tentang isu-isu ini.
Jelasnya,
Tetapi seiring berjalannya waktu, saya menyedari bahawa ini bukanlah kelemahan atau kecacatan, tetapi sesuatu yang saya alami adalah sebahagian daripada diri saya hari ini.
Seterusnya, Jay B berkongsi bahawa dia kini menganggap kemurungan sebagai ‘perkara semula jadi’ dan bukannya sesuatu yang buruk. Katanya,
Pekerjaan saya tidak menjadikan saya seorang yang istimewa yang kebal terhadap perasaan sedih. Saya merasakan emosi yang sama seperti mana-mana manusia.
Betul tu kata Jay B…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.