Ikuti Kami:

Hyunbin & Son Yejin Dilihat Sedang Bercuti Di Jepun Bersama Anak Mereka Kini

Hyunbin & Son Yejin Dilihat Sedang Bercuti Di Jepun Bersama Anak Mereka Kini

Sukanya tengok keluarga bahagia pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin ini kan?

Baru-baru ini, pelakon Thailand Nicole Kittivat telah berkongsi di Instagram Story, gambar Hyunbin dan Son Ye-jin yang diambil dari belakang, di sebuah hotel di Jepun.

Untuk pengetahuan, Hyunbin sedang berada di Jepun kini, bagi menghadiri majlis pelancaran sebuah produk jenama.

Terbaru menurut laporan, pelakon lelaki itu ke Jepun sambil ditemani isterinya Son Ye-jin dan juga anak lelaki mereka.

hyunbin son yejin

Kedua mereka dipercayai sedang meraikan ulang tahun perkahwinan pertama mereka di situ, membuatkan netizen terharu kerana pasangan itu dapat meluangkan waktu bersama di tengah-tengah jadual yang sibuk.

Sementara itu, Hyunbin dan Son Ye-jin telah menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 31 Mac yang lalu.

Semoga sentiasa berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...