Adakah akan lahir pasangan mempelai baru dalam dunia K-Pop?
Media Korea melaporkan secara eksklusif bahawa Hyuna dan Yong Jun-hyung akan mengadakan majlis perkahwinan pada 11 Oktober ini di Seoul.
Sebagai respons, wakil dari agensi Yong Jun-hyung dengan berhati-hati menyatakan kepada media bahawa mereka sedang mengesahkan fakta tersebut.
Terdahulu, Hyuna dan Yong Jun-hyung secara terbuka mengumumkan hubungan mereka pada bulan Januari dengan memuat naik foto mereka berpegangan tangan di akaun media sosial masing-masing.
Walaupun lelaki itu dikritik kerana pernah terpalit dengan isu ‘Burning Scandal’ namun Hyuna sepertinya tidak mengendahkan cercaan tersebut.
Nantikan maklumat lanjut mengenai berita ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.