Ikuti Kami:

Jo Kwon & Hani ‘Unfollow’ Hyuna, Percintaan Dengan ‘Si Bermasalah’ Junhyung Ditentang Rakan Selebriti?

Jo Kwon & Hani ‘Unfollow’ Hyuna, Percintaan Dengan ‘Si Bermasalah’ Junhyung Ditentang Rakan Selebriti?

Nampaknya pelbagai isu yang timbul selepas Hyuna dan Yong Jun-hyung bekas ahli BEAST dikhabarkan bercinta.

Menurut laporan media, Jo Kwon 2AM dan Hani EXID didapati tidak mengikuti Hyuna di media sosial lagi kini. Timbul spekulasi mengatakan bahawa rakan selebritinya mungkin tidak bersetuju dengan hubungan tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui, Hyuna mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila dia mengumumkan sedang menjalinkan hubungan dengan Yong Jun-hyung, Malah ramai mempersoalkan keputusannya disebabkan kontroversi masa lalu bekas kekasihnya dan perpisahan dengan kekasih lama, Dawn, pada November 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyuna Kim (@hyunah_aa)

Tindakan Jo Kwon dan Hani itu menjadi tumpuan perhatian kerana mereka dilaporkan berhenti mengikuti idola itu usai berita hubungan mereka dilaporkan media. Malah netizen dan peminat meluahkan rasa terkejut dan kebimbangan kerana Yong Jun-hyung yang pernah dikaitkan dengan isu Burning Sun di mana Jung Joon-young berkongsi rakaman kamera tersembunyi dan imej seksual.

Walaupun dia mengakui menerima dan melihat video haram dirakam Jung Joon Young, namunn didapati bahawa dia tidak terlibat dalam perbualan kumpulan itu. Namun rata-rataya terus mengecam kerana dia memilih untuk menjadi pemerhati lantas secara diam mengiakan perbuatan jenayah rakan-rakannya itu.

hyuna jo kwon hani

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...