Ikuti Kami:

Hyoyeon Rahsiakan Comeback Girls’ Generation Dari Ibu Bapa Sendiri

Hyoyeon Rahsiakan Comeback Girls’ Generation Dari Ibu Bapa Sendiri

Baru-baru ini industri muzik K-Pop digemparkan dengan comeback kumpulan lagenda wanita yang sejak dari zaman 90-an lagi berjaya menambat hati ramai peminat. Berita comeback kumpulan Girls’ Generation kali ini benar-benar mengejutkan!

Terbaru, ahli kumpulan itu, Hyo-yeon telah tampil dalam satu sesi temu ramah radio, “Choi Hwa-jung Powertime”, di mana dia berkongsi mengenai pelancaran terbaru album mini solonya. Dalam pada itu, dia turut berkongsi mengenai comeback kumpulannya Girls’ Generation secara penuh.

Melalui sesi temu ramah tersebut, Hyo-yeon meluahkan rasa senang hatinya setelah sekian lama menyimpan satu hal besar dalam masa yang agak lama.

Saya sangat ingin mengatakannya, tetapi pengumuman akhirnya boleh dibuat hari ini. Sebenarnya, saya lansung tidak memberitahu ibu bapa saya dan gigih menyembunyikannya, tetapi saya sangat gembira saya akhirnya dapat memberitahu mereka.

hyo yeon

Hyo-yeon turut menambah kenyataan di mana dia dan ahli kumpulan lain sedang melakukan persiapan secara penuh dah sangat bersedia untuk comeback kali ini.

Kami sangat tekad tentang perkara ini. Kami sangat kerap bertemu untuk membincangkan mengenai hal tersebut. 

Sebelum ini, Hyo-yeon baru sahaja melancarkan album mini solo pertamanya “DEEP” pada 7 Mei lalu. Lagunya, yang bergenre lagu tarian EDM itu dihasilkan dengan membawa mesej yang membandingkan perasaan terjerat dan semakin mendalam dalam sesebuah hubungan dengan pemangsa yang merobek dan mencari mangsa.

Korang nampak tak? Ibu ayah Hyo-yeon sendiri pun tak tahu mengenai comeback dorang. Maknanya comeback kali ini ‘confirm’ istimewa dan dihasilkan dengan penuh usaha. Korang tunggu informasi seterusnya okay!

Dah dengar lagu baru Hyo-yeon, “DEEP” ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...