Ikuti Kami:

Hwasa MAMAMOO Dilapor Bercinta Dengan Ahli Perniagaan 12 Tahun Lebih Tua

Hwasa MAMAMOO Dilapor Bercinta Dengan Ahli Perniagaan 12 Tahun Lebih Tua

Bukan setakat mencapai kejayaan dalam kerjaya, nampaknya Hwasa juga berjaya dalam percintaan.

Menurut laporan media Korea, ahli MAMAMOO itu sudah bercinta dengan seorang ahli perniagaan selama 5 tahun. Lebih tua 12 tahun, lelaki itu dikatakan seorang senior yang pernah aktif dalam industri muzik dahulu dan Hwasa yang mengejarnya terlebih dahulu.

Dari tips ‘orang dalam’,

Disebabkan Hwasa 12 tahun lebih muda dan dia seorang artis yang dikenali umum, lelaki itu tidak menerima wanita itu mendekatinya dengan mudah. Saya merasakan dia terkesan dengan konflik perbezaan umur mereka dan realiti, salah seorang dari mereka ialah selebriti.

hwasa

Ulas individu itu lagi mengenai Hwasa yang dalam urusan meninggalkan agensi RBW untuk P Nation,

Apabila Hwasa perlu membuat keputusan besar, kekasihnya akan memberikannya nasihat dari hati buat masa hadapan. Dia merupakan seorang mentor yang baik.

Respon agensi Hwasa mengenai hal ini,

Kami sedang mengesahkan hal ini dengan Hwasa sendiri.

Semoga Hwasa berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...