Ikuti Kami:

Hwang Inyeop Kongsi Pandangan Mengenai Lakonan & Rancangan Masa Depan

Hwang Inyeop Kongsi Pandangan Mengenai Lakonan & Rancangan Masa Depan

Hasil gambar kolaborasi Hwang In-yeop bersama jenama terkenal MARIE CLAIRE baru-baru ini sangat ‘wow’! Tapi… kolaborasi untuk apa ya?

Terbaru, Hwang In-yeop berkerjasam bersama MARIE CLAIRE untuk muka hadapan dan sesi temu bual bersama majalah tersebut bagi edisi Ogos.

Pelakon yang kian menjadi bualan ramai menerusi lakonan terbarunya dalam “Why Her?” mengetengahkan konsep “Late Night” menerusi sesi penggambaran tersebut dengan mempamerkan sisi karismatiknya. hwangTidak dilupakan juga, Hwang In-yeop sempat mengadakan sesi temu bual bersama MARIE CLAIRE. Dia berkongsi pandangannya mengenai lakonan. Dia berkata,

Saya pernah berfikir bahawa lakonan sangat menyeronokkan, tapi sekarang, saya betul-betul menggemari lakonan. Saya rasa sangat penting untuk saya menjaga diri saya untuk mengekalkan rasa kesukaan saya terhadap lakonan sehingga saya rasa macam saya ditakdirkan untuk berlakon.

Pelakon itu kemudian berkongsi bahawa sikap adalah kepercayaan utamanya untuk mengekalkan keupayaannya dalam melakonkan watak yang berlainan pada masa akan datang. Dia berkata,

Saya berharap, keikhlasan saya akan dapat dirasai oleh orang lain juga dan turut lihat usaha yang saya cuba pamerkan dalam setiap perkara yang saya usahakan. 

hwangHwang In-yeop mengakhiri sesi temu bual tersebut dengan berkongsi mengenai aktivitinya di masa hadapan. Dia berkata bahawa dia bakal mengadakan sesi perjumpaan bersama peminat secara bersemuka di Seoul, Singapore, Indonesia dan Thailand. Dia juga berharap bahawa dia dapat menunjukkan sisi baharunya kepada peminat yang belum pernah berjumpa dengannya.

Bestnya dapat jumpa Hwang In-yeop… jealous pulak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...