Ikuti Kami:

Tingkah Laku ‘Sweet’ Hwang Inyeop Buat Seo Hyunjin Di Set Penggambaran ‘Why Her?’ Jadi Perhatian

Tingkah Laku ‘Sweet’ Hwang Inyeop Buat Seo Hyunjin Di Set Penggambaran ‘Why Her?’ Jadi Perhatian

Bukan sahaja ‘sweet’ dalam drama, namun belakang tabir penggambaran “Why Her?” turut dipenuhi dengan momen indah antara pelakon utamanya.

Terbaru, SBS telah berkongsi video belakang tabir drama berkenaan yang bertajuk “Seo Hyun-jin yang benar-benar tidur semasa penggambaran dan Hwang In-yeop menjaganya!”.

Dalam satu babak di mana Oh Soo-jae (Seo Hyun-jin) diserang dan wanita itu tidur di rumah Gong Chan (Hwang In-yeop). Dia kemudiannya memilih untuk tidur di atas sofa kerana katil yang sejuk.

sbs why her?

Semasa Seo Hyun-jin sedang terbaring di sofa, Hwang In-yeop yang sedang memerhatikan wanita itu dari atas tangga berkata perlahan,

Sepertinya dia benar-benar tidur.

Seo Hyun-jin rupanya tertidur betul semasa menanti penggambaran dan Hwang In-yeop duduk di sebelah wanita itu dan meluruskan rambutnya. Disebabkan oleh sikap bertimbang rasa, dia berjaga-jaga sekiranya Seo Hyun-jin terjaga lantas membuatkan penonton tersentuh.

sbs why her?

Seo Hyun-jin kemudiannya terbangun dan memohon maaf,

Saya minta maaf. Saya baring terlalu lama. Maafkan saya.

Seronok tengok hubungan rapat mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...