Setelah sekian lama menanti, akhirnya “W: Two Worlds” versi Malaysia bakal menemui peminat tak lama lagi.
Jangkaan peminat semakin meningkat apabila pelakon utamanya iaitu Hun Haqeem dan Daiyan Trisha berkongsi klip pendek siri yang bakal ditayangkan di Viu itu.
Seperti yang diketahui semua, siri Korea yang asalnya diterajui Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo itu membawa kisah melodrama romantik yang merentasi dimensi berbeza ruang, antara realiti dan maya.
View this post on Instagram
Rata-rata penonton meluahkan rasa teruja apabila melihat Hun Haqeem yang kelihatan mampu menjiwai perasaan ditonjolkan Lee Jong-suk suatu ketika dahulu.
Korang pun mesti excited kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉