Ikuti Kami:

‘W: Two Worlds’ Akan Diadaptasi Di Malaysia, Bakal Diterajui Hun Haqeem & Daiyan Trisha

‘W: Two Worlds’ Akan Diadaptasi Di Malaysia, Bakal Diterajui Hun Haqeem & Daiyan Trisha

Siapa pernah layan drama “W: Two Worlds” yang ditayangkan pada 2016 dulu?

Bagi yang belum tahu, “W: Two Worlds” yang diterajui Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo, merupakan sebuah melodrama romantik. Ia merentasi dimensi berbeza ruang, antara realiti dan maya. Lee Jong-suk membawa peranan sebagai Kang Cheol, seorang watak dalam siri komik popular, manakala Han Hyo-joo berperan sebagai Oh Yeon-joo, watak dalam kehidupan sebenar.

Terbaru, platform penstriman Viu Malaysia telah mengumumkan antara naskhah baru yang akan menemui penonton pada 2023 nanti.

w two worlds

Apa yang menarik perhatian, drama popular Korea Selatan “W: Two Worlds” dijangka bakal diadaptasi di Malaysia dan akan diterajui pelakon popular Hun Haqeem dan Daiyan Trisha.

Selain itu, menurut Instagram Story yang dikongsi Daiyan Trisha, adaptasi Melayu drama berkenaan akan memulakan penggambaran pada 2023.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...