Ikuti Kami:

“Hot Sangat” – Badan Fit, Peminat Kagum Lihat Abs Song Jihyo

“Hot Sangat” – Badan Fit, Peminat Kagum Lihat Abs Song Jihyo

Walaupun selesa berpakaian kasual dan longgar ketika di “Running Man” namun sebenarnya Song Ji-hyo memiliki bentuk badan yang diidami ramai wanita di luar sana.

Terbaru, kesemua ahli “Running Man” telah menyapa penonton setia mereka di Manila, Filipina menerusi acara perjumpaan peminat ‘A Decade Of Laughter’.

Dalam pelbagai perkara yang berlaku ketika acara itu, ramai yang nyata tak dapat melupakan mengenai pakaian dikenakan Song Ji-hyo semasa persembahan akhirnya.

Sempat mempersembahkan lagu “Don’t Give”, “Love Dive” dan “Rollin'”, siapa sangka pelakon wanita popular itu menyembunyikan bentuk badan yang menarik di sebalik bajunya selama ini. Dengan berpakaian crop top, peminat dapat melihat dengan jelas abs berbantuk ’11’ pada perutnya.

Komen peminat,

Selalu training dengan Kim Jong-kook ke ni?

 

Wow absnya!

 

Hot sangat!

 

Tak percaya dia 41 tahun.

 

Selama ni dia pakai baju longgar je, tak nak tunjuk abs rupanya.

 

Seksinya Ji-hyo.

Diam-diam je Song Ji-hyo sorok!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...