Ikuti Kami:

“Saya Selalu Minta Nasihat & Tips Cinta Dari Song Jihyo” – Jeon Somin

“Saya Selalu Minta Nasihat & Tips Cinta Dari Song Jihyo” – Jeon Somin

Bukan sahaja di dalam “Running Man” tapi Song Ji-hyo dan Jeon So-min juga sebenarnya rapat di luar.

Baru-baru ini, kesemua ahli “Running Man” telah menyertai acara perjumpaan peminat ‘A Decade Of Laughter’ di Manila, Filipina.

Tidak hanya bermain permainan dan berinteraksi bersama peminat, mereka turut menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda semua. Semasa sesi perkenalan, kesemua ahli telah diberi soalan ringkas. Bagi Jeon So-min, dia ditanya mengenai ahli mana sering dihubunginya bagi meminta nasihat.

jeon somin song jihyo

Jawabnya, dia berbual banyak mengenai isu seharian bersama Yoo Jae-suk dan tentang hal lain dengan Ji Suk-jin. Jelasnya lagi,

Kalau ingin meminta nasihat mengenai hal cinta atau tips tentangnya, saya banyak bersembang dengan Song Ji-hyo.

Tambah pelakon itu,

Kalau saya mahu seseorang yang memahami dan memberikan reaksi terbaik, ianya adalah daripada Kim Jong-kook.

jeon somin song jihyo

Jika mahu ketawa, Jeon So-min berkongsi bahawa dia akan menghubungi Haha. Katanya, setiap ahli mempunya perbezaan kepakaran mereka.

Adik kesayangan semua ni.

Kredit foto utama: Twitter meongsuzy

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...