Selepas berlakon drama “My Sweet Mobster”, nama Uhm Tae-goo semakin dikenali peminat K-Drama.
Terkenal dek personaliti yang pemalu dan kurang bercakap, tak semena-mena babak lelaki itu berlawan tanpa memakai pakai seurat benang pun dalam filem “Night In Paradise”.
when park taegoo went on a k*ll!ng spree and fled the scene naked in night in paradise 🤒 https://t.co/Bt37k6PiJC pic.twitter.com/swjJkROu0J
— ☁︎ (@_icedvanillatte) August 10, 2024
Komen orang ramai,
- Wah, hot sungguh dia.
- Babak ini memang dah tertanam dalam fikiran saya.
- Saya memang menjerit bila tonton babak ini.
Naskhah di Netflix ini membawa kisah seorang lelaki yang menjadi sasaran geng penjenayah dan seorang wanita yang tersepit di penghujung nyawanya.
Dalam filem ini, Uhm Tae-goo melakonkan watak Park Tae-goo, seorang ketua gangster yang berlawan dengan kumpulan gangster lain kerana menolak tawaran mereka.
Elok juga kan Uhm Tae-goo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.