Ikuti Kami:

Hanya ‘Night In Paradise’ K-Filem Tersenarai Dalam Ranking Popular Netflix Global Kini

Hanya ‘Night In Paradise’ K-Filem Tersenarai Dalam Ranking Popular Netflix Global Kini

Filem Korea sememangnya tidak dapat dinafikan keseronokannya. Bukan setakat genre romantik atau pun komedi, tema thriller mahupun noir pun meletup tau!

Terbaru, Netflix telah pun menayangkan sebuah filem bertajuk “Night In Paradise”. Diterajui oleh Cha Seung-won, Jeon Yeo-bin dan Uhm Tae-goo, filem noir ini tak sepatutnya dipandang sebelah mata sahaja.

Kalau anda nak tahu, naskhah ini membawa kisah seorang lelaki yang menjadi sasaran geng penjenayah dan seorang wanita yang tersepit di penghujung nyawanya. Lagi best sebabnya ia diarah oleh Park Hoon-jung, yang pernah menghasilkan filem noir popular seperti “V.I.P”, “New World” dan “The Witch: Part 1”. Jadi, kualitinya dijamin mantap!

netflix night in paradise

Baru sahaja menjengah ke laman penstriman popular itu, “Night In Paradise” nampaknya duduk selesa di ranking popular filem Netflix kini. Bahkan filem ini juga merupakan satu-satunya K-Filem yang tersenarai dalam ranking global tersebut.

netflix night in paradise

Dengar cerita, ramai yang puji ke’best’an “Night In Paradise” malah ramai yang terkejut melihat endingnya? Shhh…

Kalau nak tahu, cepat saksikan “Night In Paradise” di Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...