Rekod yang membanggakan apabila BLACKPINK menjadi kumpulan idola wanita pertama yang menjadi ‘headliner’ untuk festival muzik Coachella 2023.
Untuk minggu kedua ini, kumpulan berkenaan sekali lagi menghiasi pentas yang diiktiraf antarabangsa itu dengan barisan lagu sama namun ada sedikit perbezaan. Antara yang berbeza ialah kostum yang digayakan setiap ahli.
Namun salah satu ahli yang menerima perhatian ramai ialah Jennie apabila tampil ‘daring’ dengan memakai ‘bodysut’ pink ala crop top yang menampakkan bahagian tepi dan bawah dadanya. Wow!
Gaya yang direka khas untuk BLACKPINK oleh Mugler Paris itu dapat dilihat ketika persembahan lagu “Whistle”, “Kick It”, “Kill This Love” dan beberapa lagu lain.
Disebabkan oleh outfit yang mengancam tersebut, nama Jennie tersenarai tinggi di beberapa bahagian carian laman sosial seperti Weibo dan juga Twitter. Rata-ratanya memuji wanita tersebut yang berani menggayakan penampilan sesuai dengan dirinya.
Dalam pada itu, persembahan menakjubkan kumpulan tersebut turut menjadi perbualan hangat kini di serata media sosial. Antara topik yang dibualkan ialah gubalan lagu baru mereka, sinergi kuat antara kessemua ahli serta kejayaan anak muda itu di persada dunia.
Hebat kan BLACKPINK!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉