Bukan mudah untuk kumpulan idola wanita di Korea untuk mencapai kepopularitian di seluruh dunia, tapi nyata tuah berpihak bagi BLACKPINK.
Selepas menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama membuat persembahan di pentas itu pada 2019, BLACKPINK sekali lagi diberikan tanggungjawab yang lebih besar apabila diangkat sebagai ‘headliner’ untuk Coachella 2023 yang berlangsung beberapa hari lalu.
Membuat persembahan selama 1 jam setengah, kumpulan itu mempersembahkan pelbagai lagu seperti “Pink Venom”, “Whistle”, “Playing With Fire”, “Shut Down”, “Boombayah” dan banyak lagi.
View this post on Instagram
Terbaru, Jennie telah memuat naik satu entri khas di Instagram bagi meraikan kejayaan mereka. Malah lebih menyentuh perasaan apabila dia dan Lisa dilihat mengelap air mata selepas persembahan itu,
Minggu pertama PinkChella. Saya tak dapat nak ceritakan bagaimana istimewanya pengalaman ini. Saya masih terasa seperti berada di malam itu dan saya sangat menghargai momen ini. Terima kasih semua.
Jisoo juga sempat meninggalkan komen pada entri itu,
Saya sayangkan awak, Jendeuki.
Dalam entri yang sama, para BLINKs (nama peminat BLACKPINK) dilhat meninggalkan komen positif buat Jennie dan ahli lain,
Jangan menangis! Awak buat persembahan terbaik dan kami berbangga.
Persembahan awak adalah yang terbaik pada minggu lalu.
Satu dunia sukakan anda.
Jangan peduli komen negatif.
Bangga dengan BLACKPINK!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉