Ikuti Kami:

Hospital Doldam Berubah, Rating Episod Pertama ‘Dr Romantic 3’ Lepasi 12%

Hospital Doldam Berubah, Rating Episod Pertama ‘Dr Romantic 3’ Lepasi 12%

Ramai yang tak sabar menantikan tayangan musim ketiga “Dr Romantic” kan?

Selepas beberapa tahun menunggum akhirnya siri perubatan popular itu kembali menjengah di SBS dan Disney+ bagi membawa penonton kembali menelusuri kehidupan para doktor di Hospital Doldam yang dahulunya usang tapi sudah berubah moden kini.

Untuk musim kali ini, rata-rata pelakon musim kedua kembali dengan watak yang sama di mana antaranya ialah Han Suk-kyu, Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Kim Min-jae, So Ju-yeon dan ramai lagi.

dr romantic 3

Seperti yang dijangkakan semua, “Dr Romantic 3” berjaya mencapai rating yang tinggi untuk episod pertamanya iaitu 12.7% di mana ia lebih tinggi berbanding catatan yang direkodkan oleh episod perdana kedua-dua musim sebelumnya. Bahkan ia merupakan program dengan tontonan terbanyak sepanjang hari itu.

Bukan itu sahaja, drama ini turut mencapai rating kedua tertinggi bagi slot tayangan Jumaat-Sabtu di SBS di mana tempat pertama dipegang oleh “The Penthouse 2”.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...