Ikuti Kami:

“Hormatlah..” – Peminat K-Drama Kesal Lihat Lee Sangyi Jadi Teraju Kedua Di Samping Kim Youngdae

“Hormatlah..” – Peminat K-Drama Kesal Lihat Lee Sangyi Jadi Teraju Kedua Di Samping Kim Youngdae

Kalau korang perasan, kebanyakan K-Drama kini banyak mementingkan populariti dibandingkan dengan bakat.

Oleh sebab itu, ramai yang mengeluh apabila melihat Lee Sang-yi diambil sebagai pelakon lelaki kedua di samping Kim Young-dae yang baru setahun jagung dalam drama “Because I Want No Loss”.

Lebih mengecewakan apabila Kim Young-dae yang masih muda akan dipasangkan dengan Shin Min-ah walhal ramai menganggap pelakon wanita itu lebih sesuai dipasangkan bersama Lee Sang-yi di mana mereka pernah turut bekerjasama dalam “Hometown Cha Cha Cha” sebelum ini.

Kata penonton,

Kami mahukan Lee Sang-yi sebagai pelakon utama.

 

Kim Young-dae hanya ada satu ekspresi sahaja.

 

Macam mana lah Kim Young-dae dapat berlakon dalam banyak drama walaupun tak berbakat.

 

Pilih sebab populariti lah ni..

 

Tolong lah hormat Lee Sang-yi.

Untuk pengetahuan, “Because I Want No Loss” ialah drama komedi romantik mengenai Son Hae-young (Shin Min-ah) yang memalsukan perkahwinan kerana tidak mahu kalah dan Kim Ji-wook (Kim Young-dae) yang menjadi suami palsunya kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...