Tiada siapa yang akan membayangkan bahawa pasangan yang bahagia dan baru berkahwin akan hilang tanpa jejak.
Namun inilah yang telah berlaku kepada Choi Seong-hee dan Jeon Min-geun.
Kronologi
Pada 31 Mei 2016, keluarga Seong-hee berasa amat pelik selepas anak perempuan tidak menghubungi mereka selama 3 hari. Ia adalah di luar watak wanita itu untuk berbuat demikian. Disebabkan berasa sangat bimbang, bapa Seong-hee menghubungi polis untuk memeriksa anaknya dan suami.
Min-geun dan Seong-hee tinggal bersama di sebuah apartmen di Busan. Apabila polis tiba, tiada siapa yang menjawab panggilan mahupun membuka pintu jadi, mereka terpaksa masuk secara dengan memecah tombol pintu rumah terbabit. Apabila masuk ke dalam rumah, hanya anjing pasangan itu berada di dalam apartmen dan didapati banyak najis anjing di dalam kawasan rumah. Jelas kelihatan apartmen itu sudah lama tidak berpenghuni.
Apa yang membuatkan polis pelik, telefon dan passport pasangan itu hilang dari apartmen. Bagaimanapun, selepas disiasat dan diteliti, keadaan rumah tiada sebarang tanda pergelutan di apartmen itu.
Jejak langkah akhir
Polis memulakan siasatan dengan memeriksa CCTV di sekitar blok apartmen itu. Seong-hee kali terakhir dirakam di CCTV pada jam 11:16 malam pada 27 Mei 2016 manakala Min-geun kali terakhir dilihat di CCTV pada jam 3:30 pagi keesokan harinya, pada 28 Mei.
Apa yang paling membingungkan lagi ialah terdapat 21 kamera CCTV di pelbagai lokasi di sekitar blok apartmen itu, tetapi tiada satu pun dapat menjejaki kelibat arah tuju pasangan itu. Berdasarkan susun atur blok apartmen, hampir mustahil untuk pasangan itu pergi tanpa dirakam kamera.
Ada kemungkinan pasangan itu melarikan diri dengan sengaja, tetapi tidak ada bukti yang menyokong teori ini. Rakan-rakan Seong-hee mendakwa bahawa dia tidak akan meninggalkan anjing kesayangannya, dan dia biasanya memandu apabila dia perlu keluar. Bagaimanapun, kedua-dua anjing dan keretanya ditinggalkan.
Tambahan lagi, Min-geun yang mengusahakan sebuah restoran, menghantar mesej kepada pekerjanya menyuruhnya menutup restoran itu untuk satu hari kerana sesuatu telah berlaku. Pekerja Min-geun berkata bahawa ia adalah pelik kerana ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Pekerja itu juga menerima panggilan daripada Min-geun di mana suaranya kedengaran berbeza, dan tidak jelas.
Selain itu, Seong-hee juga ada menghantar mesej kepada bosnya, memaklumkan bahawa dia akan berhenti. Bagaimanapun, bosnya tidak percaya bahawa Seong-hee yang menghantar mesej itu.
Penglibatan orang ketiga
Dalam temu bual, bos Seong-hee menunjukkan perbezaan antara mesej yang dihantar sebelum dan selepas kehilangan Seong-hee. Perbezaan yang paling ketara ialah penggunaan ‘습니다’ (seub-ni-da) dalam mesej teks yang dihantar selepas kehilangan Seong-hee. Seong-hee biasanya mengakhiri ayatnya dengan ‘요’ (yo).
Apabila polis cuba mengesan lokasi telefon bimbit pasangan itu, terdapat penemuan aneh. Pada 2 Jun 2016, telefon Min-geun telah dikesan berada di Busan, manakala telefon Seong-hee pula dikesan isyaratnya berada di Seoul. Untuk pengetahuan, Seoul dan Busan berjauhan jadi ini adalah bukti yang sangat ganjil dan pelik kenapa pasangan ini tidak sehaluan. Selain itu juga, telefon mereka tidak pernah ditemui walaupun polis berjaya menjejaki isyarat itu.
Selepas siasatan lanjut, polis menyedari terdapat pihak ke-3 yang terlibat dan dia merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Jang. Jang ialah bekas teman wanita Min-geun yang cemburu dan dia sentiasa mengugut serta mengganggu pasangan itu. Sebelum pasangan itu hilang, Jang tinggal di Norway.
Dia telah tiba di Korea Selatan pada 8 Mei, kira-kira 3 minggu sebelum pasangan itu dilaporkan hilang. Suaminya pula didapati tiba di Korea Selatan kira-kira seminggu selepas itu, iaitu pada 14 Mei.
Pergerakan Jang di Korea Selatan adalah mencurigakan. Dia membayar barangan secara tunai dan tinggal di sauna dan bukannya hotel. Seseorang mungkin berfikir bahawa dia cuba membuat dirinya lebih sukar untuk dijejaki. Tindakannya yang paling mencurigakan ialah apabila dia pulang ke Norway bersama suaminya pada hari penyiasatan rasmi yang bermula 7 Jun.
Usaha pihak polis menangkap suspek
Memandangkan Jang merupakan satu-satunya suspek yang disyaki ada kaitan dengan kehilangan pasangan ini, polis Korea memutuskan untuk membawa kes itu ke Interpol untuk menangkap Jang di Norway.
Namun, usaha polis untuk menangkap Jang kembali ke Korea Selatan gagal. Dia memfailkan tuntutan mahkamah dan mendakwa bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk diekstradisi ke Korea Selatan. Malangnya lagi, Jang memenangi kes itu dan dia kekal tinggal di Norway.
Keengganan Jang untuk kembali ke Korea Selatan mungkin kelihatan mencurigakan bagi sesetengah pihak, tetapi belum ada sebarang bukti kukuh yang membuktikan bahawa dia adalah dalang di sebalik kehilangan misteri Seong-hee dan Min-geun.
Kes ini masih tiada jalan penyelesaian dan pihak polis masih mencari pasangan suami isteri itu sehingga kini.
Ada satu dokumentari yang disediakan khas untuk kes ini, korang boleh tonton di sini documentary by 그것이 알고싶다.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.