Ikuti Kami:

Digelar ‘Pembunuh Baju Hujan’, Lelaki Ini Buru Wanita Kaya & Pelacur Kerana Dendam Lama

Digelar ‘Pembunuh Baju Hujan’, Lelaki Ini Buru Wanita Kaya & Pelacur Kerana Dendam Lama

Perkongsian jenayah kali ini adalah tentang seorang pembunuh bersiri Korea, di mana ceritanya telah didokumentasikan dalam satu dokumentari Netflix iaitu “The Raincoat Killer: Chasing a Predator in Korea”.

Yoo Young-chul telah membunuh sekurang-kurangnya 26 orang di Seoul, menjadikannya pembunuh bersiri paling kejam dalam sejarah Korea Selatan.

Kronologi

Memendam kebencian terhadap wanita dan orang kaya, Yoo Young-chul menyasarkan kedua-duanya. Dia menyelinap ke dalam rumah mewah dan membunuh orang kaya, serta dia menjemput ‘pekerja seks’ ke apartmennya, di mana dia membunuh mereka di bilik mandi. Senjata yang digunakan Yoo Young-chul hanyalah sebuah tukul buatan sendiri.

Dia melakukan semua keganasan yang dibasahi darah ini sebelum akhirnya dibawa ke muka pengadilan. Ini merupakan kes yang penuh dengan beberapa liku dan paling mengejutkan yang pernah korang lihat. Yoo Young-chul bukanlah orang biasa yang melanggar undang-undang, malah dia adalah pembunuh yang tidak berhati perut.

pemburu bau hujan korea (3)

Yoo Young-chul pernah membunuh tiga ahli keluarga di Gugi-dong, Jongno-gu pada bulan Oktober 2023. Selain itu, pada bulan November, Yoo Young-chul membuat dua pembunuhan, mula-mula menyerang isteri jutawan di Samseong-dong, Gangnam-gu, kemudian membunuh seorang lelaki kaya dan pembantu rumahnya di Hyehwa-dong, Jongno-gu.

Polis menjadi buntu kerana tidak dapat mengenal pasti suspek. Mereka juga mendapati kesemua mangsa langsung tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Yoo Young-chul juga tidak mengambil mana-mana barang berharga mereka dan hal ini telah menyebabkan polis tidak tahu apa motif sebenar suspek pada ketika itu. Selain daripada beberapa kesan tapak kaki dan rakaman CCTV, penyiasat mempunyai sedikit petunjuk tentang pembunuh itu sendiri.

pemburu bau hujan korea

Kebencian untuk wanita dan orang kaya

Kebencian Yoo Young-chul terhadap orang kaya bermula pada usia muda. Dia dilahirkan pada 18 April 1970, dan dibesarkan dalam keadaan miskin di Daerah Gochang, kawasan luar bandar Korea Selatan.

Sementara itu, Yoo Young-chul mula memberi tumpuan kepada jenis mangsa yang bekerja sebagai pelacur. Dia membenci wanita sejak kes perceraiannya malah, pernah mempertimbangkan untuk membunuh bekas isterinya. Kemudian, kebenciannya terhadap wanita semakin memuncak selepas teman wanitanya meninggalkannya.

pemburu bau hujan korea

Bekas isterinya merupakan seorang pekerja di rumah urut dan bekas teman wanitanya telah bekerja di satu pusat pelacuran. Jadi Yoo Young-chul yang terkenal sebagai ‘Pembunuh Baju Hujan’, mula menyasarkan wanita yang mengingatkannya tentang mereka berdua. Modus operandinya adalah dengan menghubungi pekerja seks dari rumah urut Seoul ke apartmennya.

Sebaik sahaja mangsa sampai di rumah, dia akan melakukan hubungan seks terlebih dahulu dengan mereka dan kemudian memukul mereka dengan tukul besi yang dia buat khas.

Selepas itu, Yoo Young-chul akan mencacatkan badan mereka dengan menggunakan kapak, pisau, dan gunting untuk memotong mangsanya menjadi 16 ke 18 bahagian. Dia mengoyakkan hujung jari mereka untuk menghalang pengecaman identiti dan memasukkan mayat ke dalam beg sampah, yang dia tanam di atas gunung berhampiran Kuil Bongwon.

Menurut Yoo Young-chul, dia kadang-kadang memakan sebahagian daripada mangsanya. Dia berkata dia percaya bahawa ia akan ‘membersihkan semangatnya’, lalu diberi tenaga lain untuk mencari mangsa seterusnya.

Penangkapan Yoo Youngchul

Walaupun sudah banyak mangsa yang telah dibunuh, pihak polis masih tidak dapat menjejak pelakunya.

Antara Mei dan Julai 2004, Yoo Young-chul telah membunuh sekurang-kurangnya 11 wanita. Tetapi kematian mereka, tidak seperti kematian orang kaya, telah menimbulkan sedikit kebimbangan. Hanya pemilik rumah urut yang tahu ada sesuatu yang tidak kena.

pemburu bau hujan korea

Apabila syak wasangka pemilik rumah urut semakin memuncak, Yoo Young-chul telah membuat satu kesilapan yang menentukan kebenaran. Dia menggunakan salah satu telefon mangsanya untuk menghubungi rumah urut. Pemilik rumah urut terbabit mengenali nombor itu sebagai milik salah seorang gadis yang hilang dan memaklumkan polis tentang kejadian ini.

Selepas penahanannya, Yoo Young-chul mengaku semua jenayahnya kepada polis. Dia juga bersetuju untuk membawa polis ke tempat di mana dia menanam mayat mangsa-mangsanya. Oleh kerana dia memakai baju hujan kuning semasa ekspidisi ini berlangsung, media dengan pantas menggelarnya sebagai ‘Pembunuh Baju Hujan’.

Hukuman

pemburu bau hujan korea (7)

Selepas penangkapannya, Yoo Young-chul sempat meminta maaf di atas apa yang terjadi dan berkata bahawa, jika hal ini tidak kantoi, dia mungkin akan meneruskan membunuh ramai lagi wanita.

Pada Disember 2004, Yoo Young-chul telah disabitkan dengan 20 pembunuhan dan dijatuhi hukuman mati. Tetapi memandangkan Korea Selatan mempunyai undang-undang tersendiri terhadap hukuman mati, dia kini sedang menjalani hukuman di Pusat Tahanan Seoul, sebelum menjalani hukuman mati.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...