Ikuti Kami:

Hilang Lepas Suruh Peminat Boikot Kolaborasi, Netizen Tebak Telefon NCT Dirampas Syarikat

Hilang Lepas Suruh Peminat Boikot Kolaborasi, Netizen Tebak Telefon NCT Dirampas Syarikat

Ramai mula menyedari bahawa kesemua ahli NCT telah menghilangkan diri dari semua sosial media.

Baru-baru ini, nama NCT telah menjadi topik hangat terutamanya selepas 2 ahli mereka terpalit dengan kontroversi meniduri peminat yang mana ianya kemudiannya telah dinafikan oleh syarikat mereka.

Selain itu, segelintir mereka juga telah tampil bersuara dan menyeru peminat untuk memboikot kolaborasi NCT bersama jenama air terkenal Starbucks.

Mencurigakan, selepas kesemua insiden ini berlaku, peminat mendapati bahawa kesemua ahli NCT telah mendiamkan diri dan menghilang dari semua sosial media.

Malah, mereka juga tidak tampil untuk menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang ahli NCT iaitu Hae-chan bersama peminat.

Perkara ini sekaligus telah menimbulkan spekulasi bahawa telefon bimbit kesemua ahli NCT telah dirampas oleh SM Entertainment.

Komen peminat,

  • Saya terkejut bila mereka tak sambut hari jadi ahli mereka sendiri.
  • Saya pun rasa yang telefon mereka dirampas.
  • Saya percaya yang mereka akan kembali lepas semuanya reda.
  • Lepas semua yang jadi, lebih baik mereka jauhkan diri daripada sosial media.
  • Sekarang ada banyak berita palsu mengenai mereka.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...