Ikuti Kami:

Hidup Dengan Identiti Palsu, Lim Jiyeon & Choo Youngwoo Sah Terajui Drama Sejarah ‘Tale Of Mrs. Ok’

Hidup Dengan Identiti Palsu, Lim Jiyeon & Choo Youngwoo Sah Terajui Drama Sejarah ‘Tale Of Mrs. Ok’

Lim Ji-yeon dan Choo Young-woo akan digandingkan bersama di dalam drama sejarah Korea!

Pada 6 Disember, drama terbaru JTBC iaitu “Tale of Mrs.Ok” telah mengumumkan bahawa watak utama bagi drama itu akan dilakonkan oleh Lim Ji-yeon dan Choo Young-woo.

Drama ini mengisahkan tentang kelangsungan hidup dan kisah kejayaan seorang hamba wanita dalam Dinasti Joseon yang memalsukan nama, status, dan juga suaminya.

Lim Ji-yeon akan memegang watak sebagai Ok Tae-young, seorang peguam wanita di Joseon yang disayangi oleh semua orang. Namun segala maklumat mengenai dirinya adalah palsu.

Manakala, Choo Young-woo akan memegang watak sebagai Cheon Seung-hwi, seorang lelaki yang menyimpan perasaan terhadap Ok Tae-young dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi wanita itu.

lim jiyeon (1)

Pasukan produksi drama itu berkata,

Drama ini akan menunjukkan kisah dari pelbagai latar belakang kehidupan. Sila nantikan keserasian luar biasa di antara Lim Ji-yeon dan Choo Young-woo yang akan meningkatkan lagi keaslian kisah kehidupan Ok Tae-young dan Cheon Seung-hwi.

Drama ini dijangka akan mula ditayangkan pada tahun 2024.

Korang dah sedia ke belum nak tonton drama ni nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...