Ikuti Kami:

Hiasi Muka Depan Majalah ‘Elle’, Lee Jongsuk & YoonA Ulas Watak Dalam Drama ‘Big Mouth’ Akan Datang

Hiasi Muka Depan Majalah ‘Elle’, Lee Jongsuk & YoonA Ulas Watak Dalam Drama ‘Big Mouth’ Akan Datang

Lee Jong-suk dan Yoon-A SNSD akan jadi bintang muka hadapan bagi majalah ‘Elle’ edisi terbaharu!

Kedua-dua pelakon itu kini sedang menjalani penggambaran drama noir tvN yang akan datang “Big Mouth”, membawa kisah seorang peguam kelas ketiga yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Lee Jong-suk akan berperanan sebagai Park Chang-ho, seorang peguam kelas tiga dengan kadar kejayaan 10 peratus, dan Yoon-A akan memainkan watak Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri Park Chang-ho. Dalam temu bual berikutan penggambaran, Lee Jong-suk bercakap tentang wataknya dalam drama itu. Dia berkongsi,

Saya bertemu dengan watak yang boleh saya gambarkan sebagai ‘sangat seperti manusia’. Saya mahu menunjukkan sisi lain saya, seperti kelemahan dalam diri saya.

Yoon-A  juga turut menyebut soal wataknya dalam “Big Mouth”, sambil berkata,

Selepas memainkan watak Go Mi-ho, rasanya seperti sekeping data tentang manusia telah ditambahkan ke dalam fikiran saya. Dalam proses memikirkan bagaimana Go Mi-ho dari ‘Big Mouth’ akan menghadapi situasi tertentu dan merasakan emosi tertentu, dunia saya semakin berkembang.

yoona dan lee jongsuk big mouth

“Big Mouth” telah dijadualkan untuk tayangan pada separuh pertama tahun 2022 di tvN. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...