Ikuti Kami:

Heo Sungtae Sertai Jisung Dalam Drama Pembalasan Dendam ‘Adamas’

Heo Sungtae Sertai Jisung Dalam Drama Pembalasan Dendam ‘Adamas’

Pelakon hebat, Heo Sung-tae yang sebelum ini tampil sebagai teraju utama dalam siri Netflix, “Squid Game”, kini dikhabarkan bakal muncul dalam drama tvN “Adamas”.

Terbaru, agensinya Han Ah-reum Company mengumumkan,

Heo Sung-tae akan muncul dalam drama tvN “Adamas” sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

“Adamas” merupakan karya yang menggambarkan kisah seorang penjejak kebenaran yang bersaudara kembar, di mana mereka akan membongkar kebenaran daripada kejadian 22 tahun lalu. Mereka akan melawan kejahatan untuk membersihkan tuduhan pembunuhan bapa kandung mereka yang dituduh membunuh bapa tiri mereka.

Dalam “Adamas” juga, watak-watak saudara kembar yang akan dilakonkan oleh pelakon, Ji Sung, bakal berhadapan dengan fakta yang mengejutkan bahawa pelaku yang membunuh bapa tiri mereka adalah bapa kandung mereka sendiri. Bagaimanapun, setelah mendengar bahawa bapa mereka yang bakal menghadapi hukuman mati dituduh palsu, mereka mengejar kebenaran dan menggali lebih banyak rahsia yang disembunyikan oleh kuasa besar.heo sungtaeChoi Seong-tae, yang akan dilakonkan oleh Heo Sung-tae, bertanggungjawab terhadap keselamatan di Haesong-won, kediaman Pengerusi Kumpulan Kwon Hae-song. Walaupun nama sebenarnya Choi Tae-sung, dia digelar “Chief Choi” dalam kalangan orang kumpulan Hae-song. Mungkin kerana tugasnya sebagai seorang pengurus besar keselamatan, dia mempunyai perangai berbeza, tetapi dia tetap mempunyai hati yang baik.

Heo Sung-tae kini dilihat akan semakin sibuk dengan kemunculannya yang akan datang dalam drama “Bloody Heart” terbitan KBS dan juga “Insider” yang merupakan terbitan oleh JTBC.

Banyak betulkan penampilan Heo Sung-tae dalam karya-karya hebat? Korang jangan terlepas menyaksikan lakonan mantap Heo Sung-tae okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...