Selepas hanya khabar angin, tvN akhirnya mengesahkan barisan pelakon drama misteri “Adamas”.
Drama ini membawa kisah kembar lelaki yang cuba membongkarkan rahsia disebalik insiden 22 tahun lalu bagi membersihakan nama ayah mereka yang dituduh membunuh ayah tiri mereka.
Respon tvN,
Kemunculan Jisung, Seo Ji-hye dan Lee Soo-kyung sudah disahkan.
Watak kembar itu akan dilakonkan oleh Jisung di mana mereka terperangkap dalam takdir yang menyedihkan. Seo Ji-hye akan membawa watak Hye-soo, pembantu Ha Woo-shin (Jisung) dan isteri kepada anak sulung Kumpulan Haesong. Wanita itu merupakan anak tunggal seorang pengarah hospital sebelum menjadi menanti syarikat gah dan hidup seperti bunga di taman yang luas.
Lee Soo-kyung membawa watak Kim Seo-hee, seorang wartawan dari jabatan perhubungan awam di TNN yang menyimpan satu rahsia dari abang kembarnya. Dia merupakan seorang wartawan yang menangkap orang dengan muka tersenyum dan menarik perhatian dengan alasannya untuk mencapai keadilan.
Seronoknya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.