Pelakon Nam Yoon-su telah mendermakan buah pinggang kepada bapanya.
Menurut laporan media, pelakon itu telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 19 Jun yang lalu untuk bapanya. Kini, Nam Yoon-su sebagai penderma dan bapanya sebagai penerima kedua-duanya sudah pulih dan telah pun discaj dari hospital.
Khususnya, Nam Yoon-su telah menghentikan segala aktivitinya sejak awal tahun ini untuk bersiap sedia bagi pembedahan pemindahan ini lantas meimbulkan rasa kagum semua.
Pihak hospital yang menjalankan pembedahan tersebut menyatakan bahawa sikap berbakti pelakon tersebut dan pengaruh baiknya membawa kepada hasil yang positif,
Kami berdoa agar dia terus menjadi bintang besar yang memberikan pengaruh baik dalam masyarakat kita.
Dalam pada itu, Nam Yoon-su bakal muncul dalam drama “Law Of Love In The City” di mana ia akan memulakan tayangan pada separuh kedua 2024.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.