Tular sehingga 2.7 tontonan setakat ini, video terbaru Jackson telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Baru-baru ini, Jackson telah tiba di Paris bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris untuk jenama Louis Vuitton.
Selepas menghadiri acara tersebut, lelaki itu juga sempat meluangkan masa untuk bersiar-siar di sana.
View this post on Instagram
Khususnya, terdapat satu klip di mana Jackson dilihat keluar dari kereta sambil menghisap ‘vape’, dengan cepat menjadi perhatian ramai.
Apa yang menjadi perdebatan adalah apabila Jackson menghembuskan asap ‘vape’ itu ke arah muka pengawal peribadinya, yang dianggap tidak beradab. Antara komen netizen yang mengkritiknya,
- Suka hati lah kan nak merokok tu tapi takyah la hembus asap kat muka orang.
- Dah handsome tapi takde adab pula dah.
- Dah popular tak bermakna awak boleh buat perangai macam tu.
- Macam takde masa lain je nak hisap vape tu.
Hmm pendapat korang?