Utama Tempatan “Hebat Tenaga Semua” – Sahabat MILO®, Park Seojun Terkejut Lihat Sambutan Hangat...

“Hebat Tenaga Semua” – Sahabat MILO®, Park Seojun Terkejut Lihat Sambutan Hangat Peminat Malaysia

park seojun malaysia

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pelakon Korea kegemaran ramai iaitu Park Seo-jun akhirnya menemui peminatnya di Malaysia.

Diangkat sebagai Sahabat MILO®, lelaki itu hadir untuk mempromosikan kolaborasi bersama jenama minuman bertenaga itu di Ice Rink Sunway Pyramid. Terbukti popular, sewaktu melangkah sahaja ke atas pantas, ianya dipenuhi dengan gempita dari seluruh peminat yang memenuhi hingga ke atas kawasan itu dek tidak percaya dapat bertentang mata dengan Park Seo-jun.

Melihatkan kesesakan orang ramai itu, pelakon yang popular dengan pelbagai drama seperti “Fight My Way”, “Itaewon Class, “She Was Pretty” dan banyak lagi meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka ramai yang menantikannya.

@kimchidaily_ Min pun tak mampu nak sorok perasaan bila Park Seo Joon depan mata! 😩😍 #parkseojoon #psjsahabatmilo #jomminummilo #sembangentertainment #kimchidaily ♬ original sound – kimchidaily

Kongsinya teruja,

Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa MILO®  ini jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari MILO®.

Teruja ketika Park Seo-Jun berkongsi cara kegemarannya menikmati MILO®, para penyokong bersorak gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO® kegemarannya dengan slogan kempen yang kini ikonik,

Jom minum MILO®.

park seojun milo

Dalam pada itu, para pengunjung di Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain, seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman MILO® kegemaran rakyat daripada van MILO®, serta bahan-bahan promosi menampilkan Sahabat MILO®, Park Seo-jun yang menjemput semua untuk #JomMinumMILO.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-jun dengan melayari www.milo.com.my/energetic-collaboration. Ayuh!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Loading...