Ikuti Kami:

Sementara Tunggu Park Seojun Datang Malaysia, Cuba 7 Menu MILO® Mudah Ini

Sementara Tunggu Park Seojun Datang Malaysia, Cuba 7 Menu MILO® Mudah Ini

Tak sabar rasanya nak berjumpa Park Seo-jun sebagai sahabat MILO di Sunway Pyramid tak lama nanti.

Kepada yang memenangi peraduan untuk bertemu sahabat MILO itu, sudah pastinya anda mempunyai banyak stok minuman bertenaga itu di rumah kan?

Mahu mencuba pelbagai menu berinovasi? Meh kami share kan pelbagai resipi ‘mantap’ dan sihat buat semua.

MILO® With Barley

milo barli

Bahan:
  • 1 pek stik MILO® 3 IN 1
  • 150ml air barli direbus (tiada gula)
  • 2 sudu teh barli (dimasak)
  • ais (atas pilihan)

Untuk air barli:

  • 50g barli
  • 500ml air

MILO® With Lemongrass

milo serai

Bahan:
  • 1 pek stik MILO® 3 IN 1
  • 1 batang serai
  • 120ml air panas
Cara hidangan:
  1. Rebus serai dalam air selama 10 minit.
  2. Tambah MILO® 3 IN 1 dan kacau rata. Hidangkan panas.

MILO® Coconut

milo kelapa

Bahan:
  • 1 stik pek MILO® 3 IN 1
  • 80ml air panas
  • ¼ sudu teh minyak kelapa
Cara hidangan:
  1. Campur bahan sehingga sebati. Hidangkan panas.

MILO® Minty Cocoa

milo minty

Bahan:
  • 1 pek stik MILO® 3 IN 1
  • 8g daun pudina segar
  • 100ml air sejuk
  • 4 kiub ais
Cara hidangan:
  1. Tuang kesemua bahan di dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

MILO® Hot Matcha

milo matcha

Bahan:
  • 1 pek stik MILO® KOSONG
  • 150ml susu rendah lemak
  • ½ sudu teh serbuk matcha
  • 50ml air
Cara hidangan:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan, kacau rata.
  2. Tuang ke dalam cawan dan dihidangkan panas.

MILO® Cincau

milo cincau

Bahan:
  • 1 pek stik MILO® KOSONG
  • 30g cincau, dihiris halus
  • 150ml susu rendah lemak sejuk
  • 20ml air panas
  • kiub ais
Cara hidangan:
  1. Campur air panas dan MILO® KOSONG.
  2. Tuang kiub ais dalam gelas, diikuti campuran MILO®, air sejuk dan cincau.

Buttery Hot Coconut MILO®

milo butter

Bahan:
  • 1 stik pek MILO® Kosong
  • 150ml air kelapa
  • 8g kurma, dipotong
  • 1 sudu teh (5g) mentega tanpa garam
  • simpan sedikit MILO® dan mentega untuk hiasan
Cara hidangan:
  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak.
  2. Tuang dalam cawan dan dihidangkan panas.

Sementara tunggu Park Seo-jun datang pada 25 Februari ini, boleh lah kalian cuba semua resipi ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...