Hampir seminggu bersiaran, ramai rasanya yang tak dapat menyangkal bahawa “The Glory” merupakan antara drama paling hebat untuk tahun ini.

Menyambung dari pembalasan dendam bahagian pertama, bahagian kedua membawa penonton mengikuti proses pembalasan dendam Moon Dong-eun bagi setiap seorang pembulinya.
Meskipun pernah dikritik sebelum ini kerana lakonan yang tidak versatil, Song Hye-kyo berjaya melawan stereotaip semua dengan pembawaan watak yang mantap buat karakter yang tersakiti dan kelam itu.
Bukan itu sahaja, pelakon wanita yang dikenali ramai itu berjaya menampilkan emosi mendalam dengan penampilan ringkas iaitu warna pakaian tidak menarik perhatian dan solekan nipis.
Bahkan Song Hye-kyo dilihat lebih selesa dengan diri sendiri apabila berani menayangkan badan walaupun hanya menampilkan bahagian belakang sahaja.
Kepada yang sudah lama mengikuti karier Song Hye-kyo, apa komen korang selepas menonton siri ini?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉