Ikuti Kami:

“Hati VIP Saya Gembira” – Sokong G-Dragon, Peminat Seronok Lihat Ahli BIGBANG Masih Rapat

“Hati VIP Saya Gembira” – Sokong G-Dragon, Peminat Seronok Lihat Ahli BIGBANG Masih Rapat

Meskipun sudah lama tidak bekerjasama sebagai kumpulan namun, ahli BIGBANG masih kekal rapat antara satu sama lain.

Beberapa hari yang lalu, G-Dragon telah mengadakan parti makan malam bagi meraikan kolaborasinya bersama Nike untuk kasut Kwondo 1 “Panda”.

Terbaru, salah seorang rakan kepada G-Dragon iaitu Lee Kyu-beom telah berkongsi foto suasana di majlis berkenaan, dengan ramai rakan artis yang turut tampil di situ.

Menarik perhatian, Taeyang dan Daesung turut dilihat hadir memberikan sokongan buat rakan sekumpulan mereka itu, dan ketiga-tiga mereka juga bergambar bersama.

g-dragon taeyang daesung

Dalam foto yang dikongsi, Taeyang, Daesung dan G-Dragon tersenyum gembira, membuatkan peminat teruja kerana dapat melihat interaksi mereka setelah sekian lama.

Selain itu menerusi gambar yang lain, Taeyang memeluk G-Dragon dari belakang, ketika sedang bergambar di ‘photobooth’.

Antara reaksi gembira peminat,

Hati VIP saya sangat gembira melihat Youngbae dan Daesung di sana :’)

 

Taeyang, Daesung dan GD bersama-sama. Akhirnya gambar yang kami semua inginkan ❤️ Kami sangat merindui BIGBANG.

 

Saya sayang awak bertiga 😍

Rindunya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...